Saturday, February 23, 2013

hidup

tiada halangan hanya cabaran
be strong, be strong know,
to many, to many problem....
jangan lari dari masalah...

semakin kita lari dari masalah,
semakin banyak masalah yang akaan mendatang,
dan terus mengejar kita,
selalulah muhasabah diri....

dalam menjalani kehidupan,
kita perlu bijak memilah jalan,
jika tersalah pilih,
cepatlah kita undur dan carilah jalan yg benar..

jangan biarkan hidup terus dalam kegelapan,
jangan biarkan dunia yang menguasai diri,
biarlah kita yaang mengawal dunia,
dengan cara yang benar dan adil...


konsep mencuri




PENGHARGAAN

Segala puji dan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah  kurnia rahmatNya, saya dapat menyelesaikan kerja projek ini dan selawat serta salam  ke atas junjungan besar Nabi Muhammad  s.a.w dan para sahabat r.a serta para tabi’in yang memperjuangkan kebenaran islam di muka bumi Allah S.W.T ini.

            Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat Ustazah Nooraishah Binti Saimi di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak  lupa juga kepada semua guru SMK  Agama Saratok di atas curahan ilmu yang bermanfaat.

            Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ayahanda dan bonda serta kakanda dan  adinda yang saya kasihi kerana telah banyak memberi galakan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan saya terutama dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita umat islam yang mencintai ilmu.

            Akhir sekali, tidak lupa buat semua yang memberi sumbangan sama ada secara langsung atau  tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semoga kehidupan kita sentiasa diberkati Allah  S.W.T.

Sekian , terima kasih.









1.0    PENGENALAN



     Undang-undang jenayah islam telah ditetapkan olah Allah untuk mengatur kehidupn manusia yang sesuai untuk semua masyarakat pada sepanjang zaman. Ia juga merupakan undang-undang yang sesuai dengan fitrah manusia. Tujuan syarak mengkanunkan hukuman hudud diperuntukkan dalam kanun jenayah syar`iyah adalah bertujuan untuk memelihara prinsip menjaga harta benda.

     Jenayah mencuri adalah salah satu daripada jenayah yang berkaitan dengan harta benda. Ia tidaklah membabitkan kesalahan-kesalahan seperti kekerasan, kecederaan, dan sebagainya. Namun, semenjak kebelakangan ini,jenayah kecurian semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Perkara yang membimbangkan pelbagai pihak adalah jenayah kecurian ini semakin membahayakan kerana turut melibatkan kehilangan nyawa.

     Walaupun hukuman untuk kecurian telah digariskan dalam undang-undang jenayah islam, namun di Malaysia, Kanun Keseksaan telah digubal untuk menangani kes-kes jenayah yang berlaku.


2.0    OBJEKTIF  KAJIAN


Terdapat dua objektif dalam  menjalankan  kajian ini dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan objektif yang telah disusun. Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat perbandingan konsep jenayah mencuri antara undang-undang jenayah islam dan kanun keseksaan Malaysia serta mengenalpasti perbezaan hukuman jenayah mencuri antara undang-undang jenayah islam dengan kanun keseksaan Malaysia.


3.0  KAEDAH KAJIAN

Kajian ini hanya menggunakan satu kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan.

Kajian perpustakaan
Kaedah ini digunakan untuk mencari maklumat yang berkaitan konsep jenayah mencuri dengan undang-undang jenayah islam dan kanun keseksaan Malaysia. Kaedah ini dilakukan dengan cara merujuk kepada buku  teks dan buku rujukan yang lain untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, calon juga boleh membuat rujukan internet melalui komputer.


4.0 HASIL KAJIAN

4.1Pengertian Mencuri

Pengertian mencuri dari segi bahasa  ialah pengambilan harta benda secara diam-diam. Dari sudut istilah pula ialah mengambil barang atau benda orang lain secara sembunyi tanpa keizinan pemilik atau mengambil tanpa pengatahuan pemiliknya daripada tempat simpanan yang sepatutnya. Dalam erti kata lain, mencuri adalah mengambil barangan orang lain dengan cara sembunyi atau helah yang dilakukan oleh orang yang cukup umur dan pilihan sendiri daipada tempat simpanan yang sesuai dan termaklum dengan cara yang dibenarkan oleh syarak atau tidak dengan cara syubhat.

Mencuri menurut Kanun Keseksaan ialah seseorang yang hendak mengambil dengan curangnya apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya adalah dikira melakukan kesalahan mencuri.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat  cetakan pertama (2005:297) pula menyatakan bahawa mencuri adalah mengambil kepunyaan orang lain tanpa kebenaran.


4.2 Hukum

            Mencuri merupakan suatu perbuatan yang berdosa besar dan diharamkan dalam syariat islam. Allah S.W.T telah menegah dan menetapkan hukuman had bagi kesalahan mencuri. Sebagaimana firman Allah S.W.T:

ä-Í$¡¡9$#ur èps%Í$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ÷ƒr& Lä!#ty_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur îƒÍtã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ  

Terjemahan; dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

                                                                                                         Surah al Maidah 5; ayat 38


            Selain nas al-Quran, dalam hadis, Nabi SAW sendiri pernah menjatuhkan hukuman potong tangan terhadap pencuri yang sabit kesalahan pada zaman baginda untuk menunjukkan baginda turut menegah perbuatan mencuri.

4.3 Unsur Utama Dalam Jenayah Mencuri

        i.            Mengambil secara sembunyi


      ii.            Perkara yang dicuri itu adalah harta

    iii.            Harta itu hendaklah dimiliki oleh orang lain.
   
    iv.            Niat melakukan jenayah.



4.4  Syarat bagi sabit hukuman mencuri

           
        i.            Syarat pencuri
Untuk menjatuhkan hukuman hudud keatas kesalahan mencuri, pencuri tersebut hendaklah memenuhi syarat-syarat tersebut;

a) Pencuri tersebut mestilah telah mencapai umur baligh. Kanak-kanak yang masih belum baligh tidak boleh dikenakan hukuman potong tangan, kerana mereka masih belum tertakluk kepada tuntutan syarak. Ini berdasarkan kepada hadith nabi:

رفع القلم عن ثلاثة عن النائم حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل

Maksudnya: “Pena diangkat dari tiga orang (malaikat tidak mencatat apa-apa dari tiga orang), iaitu: orang tidur hingga ia bangun, anak kecil hingga ia baligh, dan orang gila hingga ia berakal normal atau sembuh”.
(Riwayat Imam Ahmad)


b) Pencuri tersebut mestilah berakal ketika kesalahan tersebut dilakukan. Orang gila tidak boleh dikenakan hudud, ini kerana mereka tidak tertakluk kepada tuntutan syarak berdasarkan hadith di atas. Manakala bagi orang mabuk yang mencuri, hukuman hudud akan dilaksanakan jika dia mabuk kerana sengaja meminum sesuatu yang memabukkan. Jika tidak, tiada hukuman yang akan dilaksanakan kepada beliau.


c) Pencuri tersebut hendaklah melakukan jenayah curi dengan kerelaan hatinya sendiri. Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan , misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika ia tidak mahu mencuri. Maka dalam kes ini pencuri itu tidak boleh dikenakan hukuman hudud. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w.:


إن الله تجاوزلي عن أمتي الخطأ و النسيان وما استكرهوا عليه

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah dan terlupa , dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”

(Riwayat Ibnu Majah)


d) Pencuri itu hendaklah mengetahui berkenaan pengharaman mencuri.. Pencuri itu juga hendaklah terikat dengan hukum-hukum Islam. Maka tidak wajib had sekiranya kafir harbi melakukan jenayah tersebut.• Pencuri itu hendaklah bukan asal nya iaitu bapa atau datuk. Maka tidak wajib di had sekiranya bapa mencuri harta anaknya ataupun datuk mencuri harta cucunya.• (Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)



      ii.            Syarat bagi harta yang di curi
            Harta yang dicuri juga hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut. Iaitu:

           a) Harta yang dicuri mestilah mencecah kadar yang ditetapkan, iaitu bersamaan dengan:
          • Satu perempat dinar ataupun lebih. Satu dinar bersamaan dengan satu mithqal (20 karat/4.24 gm emas).
          • Atau bersamaan dengan tiga dirham. Ini kerana tukaran satu dinar pada zaman nabi    s.a.w. ialah duabelas dirham. Oleh itu, suku dinar bersamaan dengan tiga dirham.

         Ini adalah berdasarkan hadith rasulullah s.a.w.:


                                                                       لا تقطع يد السارق إلا في ربع دينار فصاعدا

Maksudnya: “tidak akan dipotong tangan seorang pencuri melainkan (harta yang dicuri mencecah satu diinar ka atas”
       (Riwayat al-Bukhari : 6407)


       Daripada Ibn Umar RA katanya:

                                       أن رسول الله صلّى الله عليه وسلّم قطع في مجن ثمنه ثلاثة دراهم

Bermaksudnya: “Nabi s.a.w. memotong tangan kerana sebuah perisai yang berharga tiga dirham”.
        (Riwayat al-Bukhari : 6411 )


        b)   Harta dicuri dari tempat simpanan yang sesuai. Tempat simpanan yang sesuai bermaksud pada kebiasaannya harta tersebut disimpan di tempat tersebut atau seumpama dengannya. Wang kebiasaannya di simpan di dalam peti atau yang seumpamanya. Pakaian kebiasaannya disimpan di dalam almari atau sebagainya. Ukuran ini merujuk kepada kebiasaan setempat (uruf) dan pendapat orang yang berkemahiran.

        Sekiranya harta dicuri dari tempat yang biasanya tidak digunakan untuk menyimpan harta tersebut, hukuman potong tangan tidak boleh dijalankan ke atas pencuri berkenaan. Ini berdasarkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-As RA dan selainnya secara marfu’ : “Tiada hukuman potong bagi kesalahan mencuri haiwan ternakan melainkan jika ia disimpan di dalam kandangnya. Sesiapa yang mencuri selepas disimpan di tempat pengeringan dan ia (tamar yang dicuri mencecah nilai sebuah perisai, dia akan dihukum potong tangan).


        c) Harta bukan milik atau milik bersama pencuri. Sekiranya pencuri adalah rakan kongsi, hukuman potong tangan tidak akan dilaksanakan kerana harta tersebut adalah miliknya bersama. Di dalam kes anak mencuri harta bapa, atau hamba mencuri harta tuannya, atau rakyat yang miskin mencuri harta kerajaan atau ketika kebuluran, pencuri tidak akan dikenakan hukuman potong tangan. Ini kerana wujud keraguan, terdapat sedikit sebanyak unsur harta bersama dalam harta yang dicuri.

        ini berdasarkan hadith Aisyah R.Anha:
         ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن كان له مخرج فخلّوا سبيله فإنّ الإمام أن يخطئ غي العفو خير من أن يخطئ في العقوبة

          Terjemahannya: “Hindarilah hukuman hudud daripada orang Islam seboleh mungkin. Sekiranya ada jalan melepaskannya, lepaskanlah dia. Seorang pemerintah yang tersilap mengampunkan adalah lebih baik daripada tersilap menghukum”.
        (Riwayat Tarmizi : 1424)


        d) Harta yang dicuri mestilah suci. Sekiranya harta yang dicuri berupa arak, khinzir, anjing atau kulit yang belum disamak, tiada hukuman potong tangan akan dikenakan. Selain itu, harta tersebut juga mesilah harus digunakan pada syara’. Sekiranya harta tersebut berupa seruling, berhala, salib atau yang serupa dengannya, maka pencuri tidak akan dikenakan hukuman hudud.

4.5  Pensabitan hukum ke atas pencuri

        i.            Saksi

   Bilangan saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan hendaklah sekurang-kurangnya dua orang. Saksi terdiri daripada seorang lelaki islam yang akil baligh dan adil. Jika saksi terdiri daripaa seorang lelaki dan dua orang perempuan, ia hanya boleh mengesahkan hak milik harta tersebut, tetapi tidak boleh mensabitkan hukuman.

      ii.            Keterangan

   Keterangan yang diberi oleh saksi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan. Tiap-tiap saksi hendaklah menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang dilakukan.

    iii.            Ikrar

   Ikrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela tanpa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan.

    iv.            Qarinah

   Qarinah bermaksud tanda atau petunjuk atau bukti. Tertuduh boleh disabitkan hukuman sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan dia terlibat melakukan kesalahan mencuri. Misalnya bukti tertuduh berada di tempat kejadian berlaku boleh didapati dengan muah seperti melalui cap jari dan sebagainya.


4.6      Konsep  Mencuri dalam Kanun keseksaan

1.Niat curang (dishonest intention) untuk mengambil harta.

Di dalam Kanun Keseksaan, niat curang adalah satu unsur yang mesti ada dalam kesalahan mencuri, iaitu niat hendak mengambil dengan curang. Maksud dengan curang adalah seperti yang diterangkan dalam seksyen 24 Kanun Keseksaan iaitu:

“Barang siapa yang melakukan sesuatu perkara dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada sesorang, atau kehilangan salah kepada seseorang lain, adalah dikatakan melakukan perkara itu dengan curang”.
Unsur niat curang ini mestilah wujud ketika harta itu mula digerakkan oleh penjenayah (Hashim Mehat, 1977: 227).

2. Harta itu mestilah boleh digerakkan.

Unsur kedua ini dihuraikan di dalam seksyen 22 Kanun Keseksaan seperti:

“Perkataan harta yang boleh dialih ialah dimaksudkan termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan benda-benda yang bercampur kepada bumi atau yang dipasang dengan  kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi” (Hashim Mehat, 1977: 236).

3. Harta itu diambil keluar daripada milik (take out of the possession) orang lain.

Kanun Keseksaan memerlukan harta yang dicuri itu, hendaklah dikeluarkan daripada milik orang yang memilikinya. Istilah ‘milik’ tidak diterangkan secara khas di dalam Kanun Kesiksaan, tetapi seksyen 27 Kanun Keseksaan dapat digunakan sebagai panduan iaitu:

“Apabila harta ada dalam milik isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak orang itu, maka harta itu adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun ini” (Hashim Mehat, 1977: 251).

4. Harta itu diambil tanpa kerelaan orang itu (orang yang memilikinya).

Barang yang dicuri itu hendaklah diambil tanpa kerelaan orang yang memiliki barang itu (Hashim Mehat, 1977: 261).

5. Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.

Mesti wujud satu bentuk pergerakkan (some removal) terhadap harta itu untuk dikatakan ‘mengambilnya’. Maksud ‘menggerakkan’ tidak semestinya menggerakkan harta itu keluar jauh dari pencapaian pemiliknya tetapi sudah memadai dengan tujuan hendak mengambilnya. Ia sudah boleh disabitkan kesalahan mencuri di dalam undang-undang jenayah moden (Hashim Mehat, 1977: 267).

Kesimpulannya, setiap ciri kesalahan mencuri yang disebutkan mestilah dibuktikan oleh pendakwa sehingga tidak ada keraguan yang munasabah.


4.7      Hukuman dalam undang-undang islam


  Hukuman hudud yang wajib dikenakan ke atas pencuri telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T. Khalifah Abu Bakar r.a tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu kakinya. Daripada Safiyyah Binti Abi Ubaid “ seorang lelaki kudung satu tangan dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar lalu Abu Bakar mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dapat bermanfaat dengan tangannya. Maka Umar berkata “ demi yang diriku di tangan Nya, tuan mesti memotong tangannya yang satu iyu”. Maka Abu Bakar memerintahkan supaya tangannya dipotong.

           Menurut satu pendapat yang menyatakan “potong tangan” sebagaimana ditegaskan dalam surah al Maidah adalah mencegah melakukan kecurian. Pencegahan tersebut boleh diwujudkan dengan penahanan dalam penjara dan sebagainya, tidak semestinya dengan jalan potong tangan. Dengan demikian, ayat tersebut boleh bererti ; pencuri lelaki dan perempuan, cegahlah kedua tangannya dari mencuri dengan cara yang boleh mewujudkan pencegahan. Pendapat tersebut mengemukakan alasan bahawa kata memotong (al-qath`u) erti aslinya semata-mata pencegahan (al-man`u)

         Selain itu, menurut Abu Hanifah, Al-Sauri, Ahmad dan Ishaq, hukuman ke atas jenayah pencurian itu bersifat pilihan sama ada potong tangan atau mengembalikan (mengganti) barang yang dicuri kepada pemiliknya. Hukuman tersebut Ma`qul al Ma`na, yakni mempunyai maksud pengertian yang logik. Oleh itu, ia boleh wujud dengan hukuman lain, tidak semestinya dengan poong tangan.

     Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa apabila tangan pencuri telah dipotong dan barang yang dicuri masih ada,wajib dikembalikan barang itu kepada tuannya. Tetapi jika barang itu sudah rosak, ulamak berselisih pendapat mengenainya. Menurut Hanafi, pencuri yang telah dipotong tangannya tidak wajib lagi mengantikan barang yang rosak ditangannya itu atau membayar harganya.

Manakala menurut Maliki pula, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman potong tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu. Tetapi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah rosak itu. Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan bersama membayar ganti rugi barang yang telah rosak sama ada orang itu miskin atau kaya.

Apabila berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan kanan pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong kaki kiri kecuali Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua. Pencuri itu hendaklah membayar harga harta barang yang di curi dan dikenakan ta’zir serta ditahan sehingga dia bertaubat.

Sementara menurut Maliki dan Syafie pula, sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga maka dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi. .(Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad. 1997:518)


Pemotongan tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh mahkamah hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai. Menurut catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan hendaklah :

• Diletakkan dalam keadaan duduk
• Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak yang boleh membahayakan dirinya
• Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang hendak dipotong iaitu pergelangan tangan
• Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan tangan itu. Kemudian, dikejutkan pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan itu serta merta (sekali gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)
           
4.8 Hukuman Dalam Kanun Keseksaan


Hukuman dan cara pelaksanaan hukuman antara jenayah Kanun Keseksaan Malaysia dengan Undang-undang Jenayah Islam adalah berbeza. Seksaan bagi kesalahan mengikut Kanun Keseksaan Malaysia diperuntukkan di bawah seksyen 379 yang menyatakan :

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan bagi kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. ”

Seksyen 380 Kanun Keseksaan pula menyebut:

”Barangsiapa melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun, dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau sebat” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 137)

Seksaan bagi pecah rumah dan curi pula Seksyen 454 Kanun Keseksaan menyebut:

”Barangsiapa melakukan pencerobohan dengan bersembunyi, atau melakukan pecah rumah, bagi maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah juga didenda. Jika kesalahannya ialah mencuri, maka tempoh penjara bolehlah dilanjutkan sehingga 10 tahun.” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 149-150)


5.0 Rumusan dan Cadangan

            Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan konsep mencuri antara undang-undang jenayah islam dan kanun keseksaan Malaysia. Hukuman dan cara pelaksanaan hukuman terhadap jenayah pencurian juga banyak yang berbeza. Undang-undang jenayah islam lebih ketat berbanding kanun keseksaan Malaysia. Setiap  negara memerlukan undang-undang yang ketat untuk memastikan negara sentiasa dalam keadaan yang aman dan sejahtera.

            Undang-undang yang telah digubal atau ditetapkan pula haruslah dilaksanakan  dalam kehidupan. Walaupun dalam sesebuah negara itu  mempunyai undang-undang,namun tidak dilaksanakan dengan baik, ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang buruk tehadap individu,masyarakat dan negara. Misalnya, seseorang yang tidak dijatuhkan hukuman berasa tidak gerun dan berkemungkinan akan melakukan lagi kesalahan tersebut. Oleh itu, unndang-undang yang ketat amat perlu untuk memastikan kehidupan kita lebih selamat.

            Undang-undang jenayah islam merupakan undang yang paling sempurna. Walaupun manusia seringkali menganggap undang-undang jenayah islam itu adalah kejam, namun undang-undang yang telah ditetapkan Allah S.W.T ini adalah bertujuan untuk memudahkan manusia dan mengelakkan kehidupan manusia terus dalam keadaan yang kucar-kacir.