Saturday, March 23, 2013

bas sekolah berasrama penuh


KUALITI PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH YANG DISEDIAKAN DI SMK AGAMA SARATOK DARI ASPEK KEBERSIHAN DAN KESELESAAN


SINOPSIS

            Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap keselesaan bas dan persepsi pelajar terhadap kebersihan bas yang disediakan di SMK agama Saratok.  Lokasi kajian yang difokuskan ialah di SMK Agama Saratok yang terletak di Daerah Saratok. Kaedah kajian yang digunakan ialah dengan menggunakan soal selidik. Responden kajian yang terlibat adalah pelajar-pelajar SMK Agama Saratok seramai 30 orang. Pemerhatian turut dilakukan untuk memudahkan pengkaji mendapat maklumat yang lebih tepat untuk melihat perbezaan atau persamaan antara hasil pemerhatian dan hasil soal selidik. Selain itu, temubual secara formal dan tidak formal turut digunakan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci dan jelas. Rujukan melalui buku, majalah dan internet turut digunakan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Hasil kajian menunjukkan hampir kesemua responden berpuas hati dengan keselesaan bas yang telah disediakan di SMK Agama Saratok. Persepsi pelajar terhadap kebersihan perkhidmatan bas sekolah di SMK Agama Saratok juga amat memuaskan walaupun ada responden yang tertentu tidak bersetuju terhadap kebersihan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok. Secara keseluruhannya, bas yang disediakan di SMK Agama Saratok mempunyai tahap keselesaan yang memuaskan manakala kebersihan bas juga dalam keadaan yang agak memuaskan.
















KANDUNGAN

Sinopsis

Kandungan

Penghargaan

1.0
Pengenalan

2.0
Objektif

3.0
Lokasi

4.0
Kaedah Kajian


4.1
Soal Selidik


4.2
Pemerhataian


4.3
Temu Bual


4.4
Rujukan

5.0
Dapatan Kajian dan Perbincangan


5.1
Demografi responden



5.1.1
Umur



5.1.2
Jantina


5.2
Kebersihan perkhidmatan bas



5.2.1
Sampah sarap disapu sebelum memulakan perkhidmatan



5.2.2
Cermin tingkap dilap dengan bersih



5.2.3
Tempat duduk dan penyandar sangat bersih



5.2.4
Langsir bas sentiasa dalam keadaan bersih



5.2.5
Penumpang sentiasa membuang sampah ke dalam bakul sampah



5.2.6
Bas masih dalam keadaan yang bersih selepas digunakan



5.2.7
Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum memulakan perkhidmatan


5.3
Tahap kepuasan terhadap aspek keselesaan



5.3.1
Bas sekolah anda mempunyai pengudaraan yang baik



5.3.2
Penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing



5.3.3
Anda dilayan dengan baik oleh pemandu bas serta konduktornya



5.3.4
Anda yakin bahawa bas sekolah anda diselenggara dengan baik



5.3.5
Alat audio video berfungsi dengan baik



5.3.6
Penumpang berhemah ketika menaiki bas



5.3.7
Penumpang membawa makanan yang menngelurkan bau yang kurang menyenangkan

6.0
Rumusan dan kesimpulan

Rujukan

Lampiran

                                                                
PENGHARGAAN




            Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaaan terima kasih kepada guru pembimbing saya, Cikgu Abdul Rahim Bin Alim kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan dalam menyempurnakan kerja kursus ini. Bimbingan dan nasihat beliau amat saya hargai.
           
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua guru-guru di SMK Agama Saratok yag turut membimbing dan memberi dorongan sepanjang saya berada di sekolah ini. Terima kasih juga kepada ibu bapa tercinta iaitu Encik Drahim Bin Lekar dan Puan Rahima Binti Ghazali kerana tidak jemu memberi dorongan, tunjuk ajar serta sokongan moral termasuklah bantuan kewangan. Tidak lupa juga buat buat kakak dan adik yang dikasihi Saridatul Asyura dan Nurshahira terima kasih kerana sentiasa memberi semangat.

            Penghargaan ini juga tidak lupa kepada konduktor dan pemandu bas sekolah Encik Sitora dan Encik Hamli yang banyak membantu saya dalam mengumpul segala maklumat mengenai kualiti perkhidmatan bas sekolah.

            Tidak lupa buat kawan-kawan yang disayangi, Ana Nur Fahattun, Fatimatul Zahra, Ummu Salamah dan rakan-rakan seperjuangan dari Tingkatan Enam Cemerlang.Terima kasih kerana sentiasa membantu. Jasa anda amat saya hargai.













                                                                       

1.0       PENGENALAN

Pengangkutan merupakan salah satu aspek yang penting dalam kehidupan kita seharian. Sistem pengangkutan bas di sekolah seringkali digunakan bagi tujuan memudahkan pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain. Oleh sebab itu, pengangkutan bas sekolah hendaklah memenuhi ciri-ciri dari segi aspek keselamatan, kebersihan,  dan keselesaan.
                Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2000 : 674) perkhidmatan ialah perihal
      berkhidmat (bertugas) atau kerja (usaha, kemudahan) untuk kebajikan, keperluan,
      kepentingan orang ramai. Perkhidmatan yang dimaksudkan dalam kajian ini     adalah              perkhidmatan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok untuk kemudahan pelajar             sekolah.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:395) menyatakan bahawa bas           merupakan sejenis kenderaan besar yang membawa penumpang yang beroperasi,          biasanya mengikut jadual perjalanan tertentu.
 Terdapat pelbagai jenis bas pada hari ini yang telah diadaptasi daipada trak `Mammy Waggons` dan juga bas mini. Kebanyakan bas mempunyai dua dek dan dua batang pemegang, bas menggunakan kuasa enjin diesel dan pacuan hadapan. Bas juga mempunyai dua pintu serta ruang berdiri yang luas (Armstrong,1993)
Perkhidmatan bas memang sudah menjadi alat pengangkutan sejak bertahun-tahun lamanya. Walau bagaimanapun, bas menjadi alat pengangkutan utama kepada pelajar terutamanya bagi pelajar sekolah berasrama penuh. Hampir kesemua sekolah berasrama penuh memiliki sebuah pengangkutan bas untuk memudahkan segala aktiviti di luar sekolah dapat berjalan dengan lancar.
      SMK Agama Saratok merupakan salah satu sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah untuk kemudahan pelajar di sekolah ini. Bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok mempunyai boleh memuatkan 40 pelajar dalam satu masa.

      
2.0       OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini dan kajian telah dibuat berdasarkan kepada objektif yang telah disusun.

                                            i.            Mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kebersihan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok
                                          ii.            Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap keselesaan perkhidmatan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok.
                                                                                                                                               
                                                                       

3.0       LOKASI KAJIAN


Dalam membuat kajian, kawasan kajian merupakan elemen yang paling penting. Kawasan kajian ini adalah berfokus di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Saratok.


3.1       SMK AGAMA SARATOK

SMK Agama Saratok memiliki sebuah bas sekolah yang disediakan untuk kemudahan pelajar-pelajar sekolah mengikuti segala aktiviti yang diadakan luar d         i sekolah. Tempat parkir bas sekolah tidak berjauhan dari pintu masuk SMK Agama Saratok iaitu berdekatan dengan pondok jaga.
SMK Agama Saratok merupakan satu-satunya sekolah Agama yang terletak di Bahagian Betong, Sarawak. SMK Agama Saratok terletak 3 KM dari pekan Daerah Saratok. Sekolah ini telah memulakan operasi pada 11 Disember tahun 2002. Pada asalnya, nama sekolah ini ialah SMK Agama Sri Aman Saratok (ASAS).
Pada mula beroperasi, SMK Agama Saratok menerima 11 orang guru dan dibantu oleh 9 orang kakitangan sokongan. Ambilan pertama pelajar Tingkatan 1 seramai 163 orang pelajar sahaja. Kebanyakan pelajar yang terpilih memasuki SMK Agama Saratok terdiri daripada pelajar di Daerah Saratok, Saribas, Pusa dan segelintir dari Bahagian Sri Aman dan Sarikei. Mereka memulakan lembaran baru sebagai pelajar SMK Agama Saratok pada 1 Januari 2003.
Pentadbiran awal sekolah diuruskan oleh Penolong Kanan 1, Ustzah Affida Helmi dan dibantu oleh Encik Merni Bin Bujang selaku Penolong Kanan HEM. SMK Agama Saratok menerima pengetua pertama, Ustazah Saadah Binti Othman pada 7 Jun 2003. Beliau berkhidmat di sekolah ini sehingga Oktober 2005.
Pengetua SMK Agama Saratok sekarang ialah Puan Seraya Binti Sulaiman. Beliau mula berkhidmat pada tahun 2012. Pada tahun 2013, jumlah semua pelajar ialah 532 orang manakala guru pula seramai 62 orang.





3.2       DAERAH SARATOK

           
Peta 1


Lokasi kajian kerja kursus ini bertempat di Daerah Saratok. Saratok merupakan sebuah daerah yang terletak di pendalaman dan mengikut bancian pada tahun 1871, Daerah Saratok mempunyai populasi seramai 9,530 orang penduduk. Majoriti penduduk adalah Iban (6,741 orang), Melayu (2,724 orang), Cina (62 orang), dan kaum lain-lain (3 orang).

                                                                                                                                                                                                                        
Kini populasinya telah meningkat kepada kira-kira 43,035 orang daripada keseluruhan populasi Bahagian Betong yang berjumlah sekitar 94,461 orang.
Daripada jumlah itu, kira-kira 22,103 orang adalah daripada kaum Iban, 17,641 orang adalah daripada kaum Melayu, 2892 orang kaum Cina, 134 orang kaum Melanau, 67 orang kaum Bidayuh, 59 lain-lain Bumiputera, 96 rakyat asing dan 43 lain-lain.



4.0       KAEDAH KAJIAN

Kaedah kajian ialah alat yang digunakan oleh pengkaji untuk mengumpul data Kajian ini dilakukan untuk menggabungkan objektif kajian. Bahagian ini akan menghuraikan tentang cara untuk mengutip data dan prosedur menganalisis data kajian. Pemboleh ubah bebas kajian ini adalah yang dicerap sebagai pemboleh ubah bersandar ialah kepuasan pelajar berdasarkan persepsi pelajar.

                                   
                                               
Seterusnya, maklumat –maklumat lain telah diperoleh melalui kaedah pemerhatian iaitu memerhati perlakuan individu, atau kumpulan orang dan kawasan yang dikaji. Kaedah temubual turut digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang terperinci. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif.


4.1       Soal Selidik
           
Soal selidik adalah kaedah utama dalam mengumpul data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui strategi mereka bentuk soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku bias (Abdul Rahim etar 1999). Kaedah kajian ini adalah kaedah yang paling popular yang digunakan para pengkaji untuk mendapatkan data. Borang soal selidik ini perlukan soalan yang bersesuaian dan mengikut objektif yang telah ditetapkan. Soal selidik ini mengemukakan soalan yang tertutup. Rasional menggunakan soalan tertutup adalah untuk mendapatkan jawapan yang berbeza-beza dan mudah dibandingkan serta mudah untuk menganalis.
Borang soal selidik ini diserahkan sendiri oleh pengkaji sendiri kepada responden kajian setelah mengenal pasti pelajar tertentu yang sering menggunakan perkhidmatan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok. Sejumlah 30 set borang soal selidik telah diserahkan kepada responden kajian dari Tingkatan 3 hingga Tingkatan 6. Antara ciri yang diambil kira semasa proses pemilihan responden adalah mereka haruslah pelajar SMK Agama Saratok dan pernah menaiki perkhidmatan bas sekolah. Semua responden diingatkan untuk melengkapkan borang soal selidik .
Dalam borang soal selidik ini, skala likert  telah digunakan dalam menilai persepsi pelajar terhadap perkidmatan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok. Item yang digunakan menunjukkan indikator ( sangat setuju dan setuju), tidak pasti dan indikator secara negatif (tidak setuju dan sangat tidak setuju).Skala likert 1 = Sangat Tidak Setuju, 2 = Tidak Setuju, 3= Tidak Pasti, 4 = Setuju dan 5 = Sangat Setuju. Borang soal selidik ini merangkumi 3 bahagian utama iaitu demografi responden, tahap kepuasan pelajar terhadap keselesaan dan tahap kebersihan perkhidmatan bas sekolah.

                                                                       

4.2       Pemerhatian
      
Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan maklumat atau pengumpulan data. Pemerhatian memerlukan pengkaji memerhati sendiri keadaan di kawasan kajian. Penyelidik menjalankan pemerhatian ke atas tingkah laku penumpang di dalam bas sekolah. Tujuan utama pemerhatian ini dilakukan adalah untuk mendapat gambaran sebenar atau secara langsung keadaan bas sekolah dari sudut kebersihan dan keselesaan penumpang.
Pengkaji turut merekod perkembangan pemerhatian dari semasa ke semasa. Dalam kaedah kajian ini, penyelidik haruslah memastikan lokasi atau objek pemerhatian, mengenal pasti perkara yang perlu diperhatikan, memilih teknik pemerhatian yang baik, menyediakan kaedah pemerhatian dan menyediakan kerangka laporan berasaskan pemerhatian.
Selain itu, kamera turut digunakan untuk mengambil gambar sebagai bukti yang lebih kukuh bagi setiap pemerhatian. Pengkaji membuat pemerhatian secara tidak langsung (sehala), di mana penumpang di dalam bas sekolah tidak tahu bahawa mereka sedang diperhatikan. Pemerhatian secara bebas turut digunakan iaitu dengan menyertai penumpang seperti pengkaji turut menaiki bas sekolah bagi tujuan memerhati tahap kebersihan dan keselesaan penumpang.
           

4.3       Temu bual

Temu bual dilakukan bagi mendapatkan maklumat secara langsung dan secara lebih mendalam tentang persepsi pelajar terhadap keselesaan dan kebersihan bas sekolah. Kaedah ini kebiasaannya menggunakan alat perakam suara untuk merakam perbualan dan kemudiannya digunakan untuk menganalisis temu bual tersebut.  Kaedah ini melibatkan dua peringkat iaitu secara formal dan tidak formal. Kaedah secara formal melibatkan individu yang mempunyai jawatan dalam sesebuah organisasi atau kelompok masyarakat iaitu temubual bersama pemandu bas. Pengkaji telah menemu bual pemandu bas di pejabat am sekolah. Bentuk temu bual yang terlibat ialah temu bual berstruktur iaitu soalan-soalan temu bual telah dirangka. Temu bual ini menyentuh mengenai maklumat tentang kajian yang dikaji sahaja.



                                                
Temu bual secara tidak formal pula berdasarkan temu bual dengan orang persendirian iaitu temu bual bersama pelajar di SMK Agama Saratok di kantin sekolah dan asrama sekolah. Bentuk temu bual yang yang terlibat ialah temu bual tidak berstruktur iaitu dilakukan dengan membentuk soalan-soalan yang bebas dan responden tidak dipandu dalam memberikan respons.
Sebelum membuat temu bual, pengkaji telah memilih masa dan lokasi yang sesuai. Penampilan diri turut dititikberat semasa temu bual dilakukan. Temu bual ini dilakukan secara bersemuka dengan responden sendiri.

4.4       Rujukan

Kajian ini menggunakan pelbagai rujukan buku dan majalah sekolah yang boleh didapati di perpustakaan untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu, kajian ini juga turut menggunakan rujukan dari bahan-bahan dalam internet seperti di laman.



.           Pemboleh ubah bebas kajian ini adalah yang dicerap sebagai pemboleh ubah bersandar ialah kepuasan pelajar berdasarkan persepsi pelajar. Seterusnya, maklumat–maklumat lain telah diperoleh melalui kaedah pemerhatian iaitu memerhati perlakuan individu, atau kumpulan orang dan kawasan yang dikaji. Kaedah temu bual turut digunakan untuk mendapatkan maklumat dan data yang terperinci. Data-data tersebut kemudiannya dianalisis secara kuantitatif dan kualitatif. Data analisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan juga purata. Analisis data dilakukan apabila memperolehi data daripada soal selidik yang diedarkan kepada responden. Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada angka. Seterusnya data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta.


5.0       DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini akan menghuraikan profil responden dan dapatan kajian berdsarkan objektif –objektif kajian yang merangkumi keselesaan perkhidmatan dalam bas sekolah serta keadaan kebersihan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok.
                                               
5.1       DEMOGRAFI RESPONDEN

Kajian ini melibatkan 30 orang pelajar yang pernah mengunakan pengangkutan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok untuk aktiviti di luar sekolah. Secara terperinci demografi responden kajian adalah seperti  rajah yang dinyatakan.



5.1.1    Umur
                                                Rajah 1: Umur Responden

Berdasarkan hasil kajian, daripada 30 orang responden yang disoal selidik, seramai 15 orang responden yang berumur 15 tahun. Responden yang berumur 16 tahun pula seramai 4 orang sahaja. Manakala seramai 6 orang responden yang berumur 17 tahun. Selebihnya 5 orang responden berumur 18 tahun hingga 19 tahun.




                                 
5.1.2    Jantina

                                           Rajah 2: Jantina Responden

Dapatan hasil kajian menunjukkan daripada 30 orang responden, seramai 10  orang (33 peratus) adalah terdiri daripada responden lelaki, manakala bakinya sebanyak 20 orang (67 peratus) adalah responden lelaki. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 2. Kajian ini adalah untuk melihat persepsi pelajar. Oleh yang demikian jantina yang dipilih perlulah berbeza supaya jawapan yang diperoleh tidak memihak kepada satu gender sahaja.



5.2       KEBERSIHAN PERKHIDMATAN BAS SEKOLAH
                                    Bagi menjelaskan objektif pertama kajian terdapat 7 item yang                                digunakan untuk mendapatkan respon daripada responden kajian berkaitan                  dengan dimensi tahap             kebersihan iaitu item-item berkaitan sampah sarap,                                  cermin tingkap, tempat duduk dan penyandar, langsir bas, penumpang                                  yang sentiasa membuang sampah       ke dalam bakul sampah, keadaan bas                         selepas digunakan dan bakul sampah yang     sentiasadikosongkan sebelum                         memulakan perkhidmatan.




                                                                     
                        5.2.1    Sampah sarap  disapu sebelum memulakan perkhidmatan
                          Rajah 3: Sampah sarap telah disapu

            Seramai 6 orang responden (20%) sangat setuju bahawa sampah sarap telah disapu sebelum memulakan perkhidmatan. Selebihnya 12 orang (40%) setuju, 9 orang (20%) tidak pasti, 2 orang (6.66%) tidak setuju dan seorang sahaja (3.33%)  sangat tidak setuju. Majoriti penumpang berpuas hati bahawa sampah sarap dalam bas sekolah telah disapu sebelum memulakan perkhidmatan iaitu seramai 18 orang (6 orang Sangat Setuju dan 12 orang Setuju atau sejumlah 60 %)
            Walau bagaimanapun menurut pemerhatian, penyelidik masih tidak berpuas hati bahawa sampah sarap telah disapu sebelum memulakan perkhidmatan sepertimana yang dinyatakan dalam pemerhatian#1.

Kebersihan bas agak memuaskan namun masih terdapat sedikit
                           sampah   yang kelihatan  di lantai bas.

                                   (Pemerhatian#1 pada 2/2/13)




                                   

                                Gambar 1


                               
                                Gambar 2












                                                                     
                        5.2.2    Cermin tingkap dilap dengan bersih
                           Rajah 4: Cermin tingkap dilap dengan bersih

            Carta di atas menunjukkan seramai 5 orang responden (17%) menyatakan mereka sangat setuju bahawa cermin tingkap telah dilap dengan bersih. Manakala jumlah responden yang paling banyak adalah mereka yang menyatakan setuju iaitu seramai 13 orang (43%). Selebihnya seramai 9 orang (30%) yang tidak pasti, seorang (3%) tidak setuju dan 2 orang (7%) Sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya, dapat dilihat  bahawa responden berpuas hati dengan kebersihan cermin tingkap bas sekolah.
            Berdasarkan responden #1 juga  dapat dilihat bahawa responden tersebut berpuas hati dengan kebersihan cermin tingkap bas sekolah.

             Mengikut apa yang saya lihat semasa menaiki bas untuk aktiviti yang                                                 diadakan di luar sekolah, cermin tingkap dalam keadaan bersih.

                       (Responden#1, temubual pada 3/3/13)

                                    Melalui pemerhatian juga, pengkaji dapat memerhati bahawa           cermin tingkap bas dalam keadaan bersih.

                                    Cemmin tingkap tidak berdebu
                                   
                                    (Pemerhatian#3, pada 19/3/13

                       
                        Gambar 3


                                                                     
                                5.2.3      Tempat duduk dan penyandar sangat bersih                                                                                                                                                                                                                                                                                      
                                                      Rajah 5: Tempat duduk dan penyandar sangat bersih

            Berdasarkan analisis soal selidik, sebuah carta graf dapat dihasilkan untuk menunjukkan jawapan responden yang berbeza-beza dengan lebih terperinci. Seramai 4 orang responden sangat setuju bahawa tempat duduk dan penyandar sangat bersih. Sebagaimana yang  dapat dilihat berdasarkan graf di atas, dapat kita simpulkan bahawa jumlah jawapan responden yang paling banyak adalah Setuju iaitu seramai 15 orang (50%) atau separuh daripada responden. Selebihnya seramai 7 orang (23.33) tidak pasti, seorang sahaja (3.33%) tidak setuju dan 3 orang (10%) sangat tidak Ssetuju. Majoritinya responden amat berpuas hati bahawa tempat duduk dan penyandar sangat bersih.
            Namun begitu, responden#1 tidak berpuas hati terhadap kebersihan tempat duduk dan penyandar

Saya tidak berasa bahawa tempat duduk dan penyandar dalam  keadaan yang bersih kerana semasa saya menaiki bas, tempat duduk masih terdapat sampah yang ditinggalkan pelajar lain.   

                                    (Responden#1, Temu bual pada 3/3/13

                                    Menurut pemerhatian pula, pengkaji mendapati tempat duduk dan penyandar dalam keadaan bersih dan tersusun.



                                    Keadaan tempat duduk dan penyandar dalam keadaan
                                    bersih dan tersusun.

                                    (Pemerhatian#3, pada 19/3/13)



                         Gambar 4
                                   

                        Gambar 5


                                                           

                        5.2.4    Langsir bas sentiasa dalam keadaan bersih
Rajah 6: Langsir bas sentiasa dalam keadaan bersih

            Jumlah responden yang sangat setuju bahawa langsir bas sentiasa dalam keadaan bersih ialah 5 orang (16.67%) daripada keseluruhan responden. Selebihnya, baki responden ialah 11 orang (36.67%) Setuju, 5 orang (16.67%) tidak pasti, 7 orang (23.33%) tidak setuju dan 2 orang (6.67%) sahaja yang sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya, banyak responden yang berpuas hati dengan kebersihan langsir bas iaitu seramai 16 orang (5 orang Sangat Setuju dan 11 orang Setuju atau berjumlah 53.34%)

            Melalui pemerhatian#1, saya bersetuju bahawa langsir bas masih dalam keadaan yang sangat bersih.

                                    Langsir bas dalam keadaan bersih dan tidak berdebu
                                 (Pemerhatian#1, pada 2/2/13)



                       
                        Gambar 6


                        Gambar 7
                                                                 

                        5.2.5    Penumpang sentiasa membuang sampah ke dalam bakul sampah
Rajah 7: Penumpang sentiasa membuang sampah ke dalam bakul sampah

            Berdasarkan graf garis di atas, seramai 7 orang (23.33%)  yang sangat setuju bahawa penumpang sentiasa membuang sampah ke dalam bakul sampah yang disediakan. Jumlah responden yang menyatakan setuju adalah sama dengan jumlah responden yang menyatakan sangat setuju iaitu seramai 7 orang (23.33%). Selebihnya, 8 orang (26.67%) tidak pasti, 4 orang (13.33%) tidak setuju dan 4 orang (13.33%) sangat tidak setuju. Melalui analisis soalan ini, dapat dikenalpasti bahawa jumlah responden yang berpuas hati terhadap item penumpang sentiasa membuang sampah ke dalam bakul sampah tidak melebihi sebahagian daripada jumlah responden iaitu 14 orang (46.66%).

            Namun begitu, melalui pemerhatian#2, dapat dilihat bahawa penumpang membuang sampah ke dalam bakul sampah.

Semua pelajar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan iaitu
membuang sampah ke dalam bakul sampah.

(Pemerhatian#2, pada 22/213)



Gambar 8

                         







        
                        5.2.6    Bas masih dalam keadaan yang bersih selepas digunakan
Rajah 8: Bas masih dalam keadaan bersih selepas digunakan

Jumlah responden yang sangat setuju bahawa bas masih dalam keadaan bersih selepas digunakan ialah 2 orang responden (6.67%). Selebihnya ialah 9 orang responden (30%) setuju 7 orang reponden (23.33%) tidak pasti. Jumlah responden yang tidak setuju pula sama dengan jumlah responden yang Setuju bahawa bas masih dalam keadaan bersih selepas digunakan iaitu 9 orang responden (30%). Bilangan responden yang sangat tidak setuju pula berjumlah 3 orang (10%). Melalui analisis ini, sebahagian daripada responden tidak berpuas hati bahawa bas masih dalam keadaan bersih selepas digunakan.
Namun begitu, responden#2 tidak berpuas hati penyandar hati bahawa bas masih dalam keadaan bersih selepas digunakan.

Selepas bas digunakan, saya dapat lihat keadaan bas sangat kotor malahan ada pelajar yang meninggalkan pakaian yang kotor dan sampah di tempat duduk mereka.    
(Responden#2, Temubual pada 12/2/13)       
                                               
                                               
                        5.2.7    Bakul sampah sentiasa dikosongkan sebelum memulakan      perkhidmatan
                    Rajah 8: Bakul sampah sentiasa dikosongkan
            Berdasarkan rajah 8 di atas, jumlah responden yang sangat setuju bahawa bakul sampah sentiasa dikosongkan  ialah 4 orang (13.33%). Selebihnya, baki responden ialah 12 orang (40%) setuju, 9 orang (30%) tidak pasti, 3 orang (10%) tidak setuju dan 2 orang (6.67%) sahaja yang sangat tidak setuju. Secara keseluruhannya, lebih daripada sebahagian  responden yang berpuas hati bahawa bakul sampah telah dikosongkan sebelum memulakan perkhidmatan iaitu seramai 16 orang (4 orang Sangat Setuju dan 12 orang Setuju atau berjumlah 53.34%).

            Menurut pemerhatian#3, dapat diperhatikan bakul sampah belum dikosongkan sebelum memulakan perkhidmatan.

                                    Masih terdapat sampah dalam bakul sampah sebelum memulakan                                               perkhidmatan

                                    (Pemerhatian#1, pada 7/2/13)



                                                                                                                                   
                        Gambar 9
                                  
                        Gambar 10


            Secara keseluruhannya,  analisis data yang diperolehi melalui soal selidik yang di jawab oleh 30 responden jelas menunjukkan perbezaan pendapat yang ketara antara mereka. Jumlah responden yang berpuas hati terhadap kebersihan bas sekolah lebih ramai daripada jumlah responden yang tidak berpuas hati terhadap kebersihan bas.  Jumlah responden yang paling banyak bersetuju adalah yang menyatakan bahawa tempat duduk dan penyandar dalam keadaan bersih iaitu sebanyak 19 orang responden (63.33%). Jumlah responden yang  paling banyak tidak berpuas hati adalah tehadap item yang menyatakan bahawa bas masih dalam keadaan yang bersih selepas digunakan iaitu berjumlah 11 orang responden (36.67%)Kesimpulannya, kebersihan perkhidmatan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok dalam keadaan yang memuaskan.

            5.3       TAHAP KEPUASAN TERHADAP ASPEK KESELESAAN

                                    Bagi menjelaskan objektif kedua kajian terdapat 7 item yang
digunakan untuk mendapatkan respon daripada responden kajian berkaitan dengan dimensi tahap kebersihan iaitu item-item berkaitan sistem pengudaraan yang baik, penumpang duduk dengan selesa, layanan pemandu bas serta konduktornya baik, yakin bas sekolah diselenggara dengan baik, alat audio video berfungsi baik, penumpang berhemah menaiki bas, penumpang membawa makanan yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan.


                        5.3.1    Bas sekolah anda mempunyai sistem pengudaraan yang baik
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
11
36.67
Setuju
8
26.67
Tidak Pasti
4
13.33
Tidak setuju
5
16.67
Sangat Tidak Setuju
2
6.67
Jadual 1: Sistem pengudaraan yang baik




                       
Berdasarkan analisis soal selidik, sebuah jadual dapat dihasilkan untuk menunjukkan jawapan responden yang berbeza-beza dengan lebih terperinci. Seramai 11 orang responden Sangat Setuju bahawa sistem pengudaraan bas sekolah sangat baik. Sebagaimana yang  dapat dilihat berdasarkan carta di atas, jumah responden yang seuju adalah 8 orang (26.7%). Selebihnya seramai 4 orang responden (13.33%) Tidak Pasti, 5 orang responden (16.67%) tidak setuju dan 2 orang (6.67%) Sangat Tidak Setuju. Majoritinya responden amat berpuas hati bahawa sistem pengudaraan bas sekolah SMK Agama saratok dalam keadaan yang baik.



Responden#3 turut  berpuas hati bahawa sistem pengudaraan bas sekolah sangat baik


Menurut apa yang saya dapat perhatikan ketika menaki bas sekolah, sistem pengudaraan dapat berfungsi dengan baik.

(Responden#3 , Temubual pada 19/3/13)

           

                    5.3.2        Penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
11
36.67
Setuju
11
36.67
Tidak Pasti
6
20.00
Tidak Setuju
1
3.33
Sangat Tidak Setuju
1
3.33
Jadual 2: Penumpang duduk dengan selesa

Berdasarkan jadual 2 di atas, jumlah responden yang Sangat Setuju bahawa penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing adalah 11 orang (36.67%). Selebihnya, baki responden ialah 11 orang (36.67%) Setuju, 6 orang (20%) Tidak Pasti, seorang (3.33%) Tidak Setuju dan seorang (3.33%) sahaja yang Sangat Tidak Setuju. Secara keseluruhannya, lebih daripada sebahagian  responden yang berpuas hati bahawa penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing iaitu seramai 22 orang (11 orang Sangat Setuju dan 11 orang Setuju atau berjumlah (73.34%).
                                      
Menurut pemerhatian#2, penyelidik berpuas hati bahawa penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing

Penumpang duduk di tempat masing-masing dengan selesa.

                          (Pemerhatian#3, pada 19/3/13)
                       
                        Gambar 11

                       
                        Gambar 12

                        5.3.3    Anda dilayan dengan baik oleh pemandu bas serta konduktornya
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
6
20.00
Setuju
14
46.67
Tidak Pasti
2
6.67
Tidak Setuju
7
23.33
Sangat Tidak Setuju
1
3.33
Jadual 3: Layanan baik oleh pemandu dan konduktor bas


Berdasarkan jadual di atas, seramai 6 orang responden (20%) yang Sangat Setuju bahawa pemandu dan konduktornya memberi layanan yang baik. Jumlah responden yang menyatakan Setuju adalah jumlah yang paling banyak  iaitu seramai 14 orang responden (46.67%). Selebihnya, 2 orang responden (6.67%) Tidak Pasti, 7 orang responden (23.33%) Tidak Setuju dan seorang responden (3.33%) Sangat Tidak Setuju. Melalui analisis soalan ini, dapat dikenalpasti bahawa ramai responden yang berpuas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pemandu dan kontraktor iaitu 20 orang (6 orang responden (20%) Sangat Setuju dan 14 orang responden (46.67%) pula Setuju).

Walau bagaimanapun, responden#1 menyatakan Tidak Pasti terhadap item yang menyatakan pemandu dan konduktor bas memberi layanan yang baik.


Saya telah menaiki bas beberapa kali dan mendapati layanan
                         yang diberikan kadang-kala baik dan kadang kala kurang baik.     

(Responden#1, pada 3/3/13)


                                  
5.3.4  Anda yakin bahawa bas sekolah anda diselenggara dengan baik oleh  pengusahanya
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
4
13.33
Setuju
8
26.67
Tidak Pasti
13
43.33
Tidak Setuju
4
13.33
Sangat Tidak Setuju
1
3.33
Jadual 4: yakin bas sekolah diselenggara denga baik


Setelah di analisis semua data yang diperoleh daripada soal selidik, didapati seramai 4 orang responden (13.33%) Sangat setuju bahawa bas sekolah diselenggara dengan baik oleh pemandu bas manakala jumlah responden yang Setuju pula sebanyak 8 orang (26.67%). Selebihnya 13 orang responden (43.33%) Tidak Pasti, 4 orang responden (13.33%) Tidak Setuju dan seorang responden sahaja yang Sangat Tidak Setuju. Melalui analisis ini, dapat dilihat bahawa banyak responden yang Tidak Pasti sama ada bas sekolah diselenggara dengan baik atau sebaliknya.

Berdasarkan  pemerhatian, penyelidik juga bersetuju bahawa bas diselenggara dengan baik.


Pemandu bas mampu menyelenggara bas dengan baik.

       (Pemerhatian#3,  pada 19/3/13)



                       
                        Gambar 13


                       
                        Gambar 14





                        5.3.5    Alat audio video berfungsi dengan baik
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
3
10.00
Setuju
11
36.67
Tidak Pasti
7
23.33
Tidak Setuju
5
16.67
Sangat Tidak setuju
4
13.33
Jadual 5: Alat audio video berfungsi baik

Berdasarkan jadual 5 di atas, dapat dilihat dengan jelas bahawa jumlah responden yang Sangat Setuju bahawa alat audio video berfungsi       dengan baik adalah jumlah yang paling sedikit iaitu seramai 3 orang     

                                   

responden (10%) sahaja.  Jumlah responden yang paling banyak adalah  
responden yang Setuju iaitu seramai 11 orang (36.67%). Selebihnya 7 orang responden (23.33%) Tidak Pasti, 5 orang responden (16.67%) Tidak Setuju dan 4 orang responden (13.33%) Sangat Tidak Setuju. Majoriti responden berpuas hati bahawa alat audio video dapat berfungsi dengan baik.


Responden#3 turut berpuas hati terhadap item berkaitan alat audio video berfungsi dengan baik.


                         Semasa saya menaiki bas sekolah, kontraktor bas telah        memainkan  alat audio video kepada penumpang dan didapati alat audio   video tersebut berfungsi dengan baik.

            (Responden#2, pada 12/2/13)




                        5.3.6    Penumpang berhemah ketika menaiki bas
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
5
16.67
Setuju
7
23.33
Tidak Pasti
7
23.33
Tidak Setuju
6
20.00
Sangat Tidak Setuju
5
16.67
                        Jadual 6: Penumpang berhemah ketika menaiki bas

            Jumlah responden yang Sangat Setuju bahawa penumpang berhemah ketika menaiki bas ialah 5 orang responden (16.67%) manakala seramai 7 orang responden (23.33%) yang Setuju. Jumlah responden yang Tidak Pasti pula sama dengan jumlah responden yang Setuju bahawa penumpang berhemah ketika menaiki bas  iaitu 7 orang responden (23.33%). Seramai 6 orang responden (20%) Tidak Setuju.  Bilangan responden yang Sangat Tidak Setuju pula berjumlah 5 orang (16 .67%). Melalui analisis ini,  hampir sebahagian responden berpuas hati bahawa penumpang sentiasa berhemah ketika menaiki bas.
           
            Menurut pemerhatian#1, penyelidik turut bersetuju terhadap item berkaitan penumpang berhemah ketika menaiki bas.

                        Penumpang  tidak berebut-rebut dan beratur  ketika menaiki bas
                             (Pemerhatian#3,  pada 19/3/13)

                       
                        Gambar 15

                       
                        Gambar 16

                        5.3.7    Penumpang  membawa makanan yang megeluarkan bau yang                                  kurang menyenangkan
SKALA
BILANGAN
PERATUS
Sangat Setuju
7
23.33
Setuju
1
3.33
Tidak Pasti
9
30.00
Tidak Setuju
4
13.33
Sangat Tidak Setuju
9
30.00
                                    Jadual 7: Penumpang membawa makanan yang mengeluarkan bau                                       yang kurang menyenangkan


            Merujuk kepada jadual di atas, dapat dilihat dengan jelas jumlah responden yang Sangat setuju bahawa penumpang membawa makanan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan iaitu seramai 7 orang responden (23.33%). Jumlah responden yang paling sedikit adalah yang memilih Setuju iaitu seorang sahaja (3.33%). Selebihnya 9 orang responden (30%) Tidak Pasti dan 4 orang responden (13.33%) Tidak Setuju. Jumlah responden yang Sangat Tidak Setuju pula sama dengan jumlah responden yang Tidak Pasti. Secara keseluruhannya, majoriti responden tidak bersetuju terhadap item yang menyatakan penumpang membawa makanan yang mengeluarkan bau kurang menyenangkan

                                    Namun begitu, melalui pemerhatian#2, penyelidik bersetuju bahawa penumpang membawa makanan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

                                     Penumpang membawa makanan mengeluarkan bau kurang
                                                Menyenangkan ketika di dalam bas.

             (Pemerhatian#2,  pada 2/2/13)




                                                           
            Analisis terhadap aspek keselesaan jelas menunjukkan bahawa hampir kesemua  responden  berpuas hati terhadap keselesaan perkidmatan bas syang disediakan di SMK Agama Saratok. Item berkaitan penumpang duduk dengan selesa di tempat duduk masing-masing mendapat tahap kepuasan yang paling tinggi oleh responden iaitu 22 orang (73.34%).
            Secara keseluruhannya, perkhidmatan bas sekolah mempunyai tahap kepuasan yang memuaskan.


















RUMUSAN DAN KESIMPULAN

            Kesimpulannya, kajian yang dihasilkan berdasarkan ojektif mencapai sasaran. Antara aspek yang dikaji ialah tahap kepuasan pelajar terhadap keselesaan perkhidmatan bas dan persepsi pelajar terhadap kebersihan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok. Hampir keseluruhan sekolah berasrama penuh mempunyai perkhidmatan bas untuk kemudahan para pelajar.
            Kajian untuk mengenal pasti persepsi pelajar terhadap kebersihan perkhidmatan bas yang disediakan di SMK Agama Saratok menunjukkan majotiti responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar SMK Agama Saratok menyatakan bahawa kebersihan bas sekolah agak memuaskan.Hasil kajian berdasarkan objektif yang kedua pula iaitu tahap kepuasan pelajar terhadap keselesaan pekhidmatan bas sekolah yang disediakan di SMK Agama Saratok jelas  menunjukkan responden turut berpuas hati terhadap keselesaan bas sekolah.
            Pengkaji telah mengedarkan 30 borang soal selidik kepada peljar-pelajar SMK Agama Saratok yang pernah menaiki perkhidmatan bas sekolah. Data mentah yang diperoleh telah di analisis dengan menggunakan perisian komputer Microsoft Excel. Analisis data kajian dilakukan secara dengan mengambil kira min dan peratusan.
                        Berdasarkan hasil kajian ini, jelaslah bahawa pemandu dan konduktor bas sekolah di SMK Agama Saratok sentiasa menjaga kebersihan bas sekolah dan berusaha memberi keselesaan kepada penumpang yang menaiki bas sekolah. Aspek kebersihan dan keselesaan amat penting bagi perkidmatan bas.

           







RUJUKAN




















LAMPIRAN