tiada halangan hanya cabaran
be strong, be strong know,
to many, to many problem....
jangan lari dari masalah...
semakin kita lari dari masalah,
semakin banyak masalah yang akaan mendatang,
dan terus mengejar kita,
selalulah muhasabah diri....
dalam menjalani kehidupan,
kita perlu bijak memilah jalan,
jika tersalah pilih,
cepatlah kita undur dan carilah jalan yg benar..
jangan biarkan hidup terus dalam kegelapan,
jangan biarkan dunia yang menguasai diri,
biarlah kita yaang mengawal dunia,
dengan cara yang benar dan adil...
Saturday, February 23, 2013
konsep mencuri
PENGHARGAAN
Segala puji dan
kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T dengan limpah kurnia rahmatNya, saya dapat menyelesaikan
kerja projek ini dan selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat r.a serta para tabi’in
yang memperjuangkan kebenaran islam di muka bumi Allah S.W.T ini.
Terlebih dahulu saya ingin memberi setinggi-tinggi
penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan khas buat Ustazah Nooraishah Binti
Saimi di atas segala bimbingan dan tunjuk ajar serta dorongan yang telah
diberikan sepanjang tugasan ini dijalankan. Tidak lupa juga kepada semua guru SMK Agama Saratok di atas curahan ilmu yang
bermanfaat.
Penghargaan ini juga saya tujukan kepada ayahanda dan bonda
serta kakanda dan adinda yang saya
kasihi kerana telah banyak memberi galakan, dorongan dan sentiasa mendoakan kejayaan
saya terutama dalam usaha menyiapkan tugasan ini. Semoga Allah menjadikan kita
umat islam yang mencintai ilmu.
Akhir sekali, tidak lupa buat semua yang memberi
sumbangan sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Semoga
kehidupan kita sentiasa diberkati Allah
S.W.T.
Sekian , terima kasih.
1.0 PENGENALAN
Undang-undang jenayah islam telah
ditetapkan olah Allah untuk mengatur kehidupn manusia yang sesuai untuk semua
masyarakat pada sepanjang zaman. Ia juga merupakan undang-undang yang sesuai
dengan fitrah manusia. Tujuan syarak mengkanunkan hukuman hudud diperuntukkan
dalam kanun jenayah syar`iyah adalah bertujuan untuk memelihara prinsip menjaga
harta benda.
Jenayah mencuri adalah salah satu daripada jenayah yang
berkaitan dengan harta benda. Ia tidaklah membabitkan kesalahan-kesalahan
seperti kekerasan, kecederaan, dan sebagainya. Namun, semenjak kebelakangan
ini,jenayah kecurian semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat. Perkara yang
membimbangkan pelbagai pihak adalah jenayah kecurian ini semakin membahayakan
kerana turut melibatkan kehilangan nyawa.
Walaupun hukuman untuk kecurian telah digariskan dalam
undang-undang jenayah islam, namun di Malaysia, Kanun Keseksaan telah digubal
untuk menangani kes-kes jenayah yang berlaku.
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat dua objektif
dalam menjalankan kajian ini dan kajian yang dibuat adalah
berlandaskan objektif yang telah disusun. Kajian ini adalah bertujuan untuk membuat
perbandingan konsep jenayah mencuri antara undang-undang jenayah islam dan
kanun keseksaan Malaysia serta mengenalpasti perbezaan hukuman jenayah mencuri
antara undang-undang jenayah islam dengan kanun keseksaan Malaysia.
3.0 KAEDAH KAJIAN
Kajian ini hanya
menggunakan satu kaedah kajian iaitu kajian perpustakaan.
Kajian
perpustakaan
Kaedah ini digunakan
untuk mencari maklumat yang berkaitan konsep jenayah mencuri dengan
undang-undang jenayah islam dan kanun keseksaan Malaysia. Kaedah ini dilakukan
dengan cara merujuk kepada buku teks dan
buku rujukan yang lain untuk mendapatkan maklumat tambahan. Di samping itu,
calon juga boleh membuat rujukan internet melalui komputer.
4.0 HASIL KAJIAN
4.1Pengertian Mencuri
Pengertian
mencuri dari segi bahasa ialah
pengambilan harta benda secara diam-diam. Dari sudut istilah pula ialah mengambil
barang atau benda orang lain secara sembunyi tanpa keizinan pemilik atau
mengambil tanpa pengatahuan pemiliknya daripada tempat simpanan yang
sepatutnya. Dalam erti kata lain, mencuri adalah mengambil barangan orang lain
dengan cara sembunyi atau helah yang dilakukan oleh orang yang cukup umur dan
pilihan sendiri daipada tempat simpanan yang sesuai dan termaklum dengan cara
yang dibenarkan oleh syarak atau tidak dengan cara syubhat.
Mencuri
menurut Kanun Keseksaan ialah seseorang yang hendak mengambil dengan curangnya
apa-apa harta yang boleh dialih daripada milik mana-mana orang dengan tiada
kerelaan orang itu, menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya adalah
dikira melakukan kesalahan mencuri.
Menurut
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka edisi keempat
cetakan pertama (2005:297) pula menyatakan bahawa mencuri adalah
mengambil kepunyaan orang lain tanpa kebenaran.
4.2
Hukum
Mencuri merupakan suatu perbuatan
yang berdosa besar dan diharamkan dalam syariat islam. Allah S.W.T telah
menegah dan menetapkan hukuman had bagi kesalahan mencuri. Sebagaimana firman
Allah S.W.T:
ä-Í‘$¡¡9$#ur èps%Í‘$¡¡9$#ur (#þqãèsÜø%$$sù $yJßgtƒÏ‰÷ƒr& Lä!#t“y_ $yJÎ/ $t7|¡x. Wx»s3tR z`ÏiB «!$# 3 ª!$#ur ͕tã ÒOŠÅ3ym ÇÌÑÈ
Terjemahan;
dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah)
Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
Surah al Maidah 5; ayat 38
Selain nas al-Quran, dalam hadis,
Nabi SAW sendiri pernah menjatuhkan hukuman potong tangan terhadap pencuri yang
sabit kesalahan pada zaman baginda untuk menunjukkan baginda turut menegah
perbuatan mencuri.
4.3
Unsur Utama Dalam Jenayah Mencuri
i.
Mengambil secara sembunyi
ii.
Perkara yang dicuri itu adalah harta
iii.
Harta itu hendaklah dimiliki oleh orang
lain.
iv.
Niat melakukan jenayah.
4.4 Syarat bagi sabit hukuman mencuri
i.
Syarat pencuri
Untuk menjatuhkan
hukuman hudud keatas kesalahan mencuri, pencuri tersebut hendaklah memenuhi
syarat-syarat tersebut;
a) Pencuri tersebut mestilah
telah mencapai umur baligh. Kanak-kanak yang masih belum baligh tidak boleh
dikenakan hukuman potong tangan, kerana mereka masih belum tertakluk kepada
tuntutan syarak. Ini berdasarkan kepada hadith nabi:
رفع القلم عن ثلاثة عن النائم
حتى يستيقظ، وعن الصبي حتى يبلغ، وعن المجنون حتى يعقل
Maksudnya: “Pena
diangkat dari tiga orang (malaikat tidak mencatat apa-apa dari tiga orang),
iaitu: orang tidur hingga ia bangun, anak kecil hingga ia baligh, dan orang
gila hingga ia berakal normal atau sembuh”.
(Riwayat Imam Ahmad)
b) Pencuri tersebut
mestilah berakal ketika kesalahan tersebut dilakukan. Orang gila tidak boleh
dikenakan hudud, ini kerana mereka tidak tertakluk kepada tuntutan syarak
berdasarkan hadith di atas. Manakala bagi orang mabuk yang mencuri, hukuman
hudud akan dilaksanakan jika dia mabuk kerana sengaja meminum sesuatu yang
memabukkan. Jika tidak, tiada hukuman yang akan dilaksanakan kepada beliau.
c) Pencuri tersebut
hendaklah melakukan jenayah curi dengan kerelaan hatinya sendiri. Orang yang
dipaksa mencuri dengan cara kekerasan , misalnya orang yang diancam dan diugut
akan dibunuh jika ia tidak mahu mencuri. Maka dalam kes ini pencuri itu tidak
boleh dikenakan hukuman hudud. Ini berdasarkan hadith nabi s.a.w.:
إن الله تجاوزلي عن أمتي
الخطأ و النسيان وما استكرهوا عليه
Maksudnya:
“Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah dan terlupa , dan
dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”
(Riwayat Ibnu Majah)
d) Pencuri itu
hendaklah mengetahui berkenaan pengharaman mencuri.. Pencuri itu juga hendaklah
terikat dengan hukum-hukum Islam. Maka tidak wajib had sekiranya kafir harbi
melakukan jenayah tersebut.• Pencuri itu hendaklah bukan asal nya iaitu bapa
atau datuk. Maka tidak wajib di had sekiranya bapa mencuri harta anaknya
ataupun datuk mencuri harta cucunya.• (Haji Abdul Razak Bin Haji Ahmad.
1997:518)
ii.
Syarat bagi harta yang di curi
Harta yang dicuri juga hendaklah memenuhi
syarat-syarat berikut. Iaitu:
a) Harta yang dicuri mestilah
mencecah kadar yang ditetapkan, iaitu bersamaan dengan:
• Satu perempat dinar ataupun lebih.
Satu dinar bersamaan dengan satu mithqal (20 karat/4.24 gm emas).
• Atau bersamaan dengan tiga dirham.
Ini kerana tukaran satu dinar pada zaman nabi s.a.w. ialah duabelas dirham. Oleh itu, suku
dinar bersamaan dengan tiga dirham.
Ini adalah berdasarkan hadith
rasulullah s.a.w.:
لا تقطع يد
السارق إلا في ربع دينار فصاعدا
Maksudnya: “tidak akan
dipotong tangan seorang pencuri melainkan (harta yang dicuri mencecah satu
diinar ka atas”
(Riwayat al-Bukhari : 6407)
Daripada Ibn Umar RA katanya:
أن رسول الله
صلّى الله عليه وسلّم قطع في مجن ثمنه ثلاثة دراهم
Bermaksudnya: “Nabi
s.a.w. memotong tangan kerana sebuah perisai yang berharga tiga dirham”.
(Riwayat al-Bukhari : 6411 )
b)
Harta dicuri dari tempat simpanan
yang sesuai. Tempat simpanan yang sesuai bermaksud pada kebiasaannya harta
tersebut disimpan di tempat tersebut atau seumpama dengannya. Wang kebiasaannya
di simpan di dalam peti atau yang seumpamanya. Pakaian kebiasaannya disimpan di
dalam almari atau sebagainya. Ukuran ini merujuk kepada kebiasaan setempat
(uruf) dan pendapat orang yang berkemahiran.
Sekiranya harta dicuri dari tempat yang
biasanya tidak digunakan untuk menyimpan harta tersebut, hukuman potong tangan
tidak boleh dijalankan ke atas pencuri berkenaan. Ini berdasarkan hadith
daripada Abdullah bin ‘Amru bin al-As RA dan selainnya secara marfu’ : “Tiada
hukuman potong bagi kesalahan mencuri haiwan ternakan melainkan jika ia
disimpan di dalam kandangnya. Sesiapa yang mencuri selepas disimpan di tempat
pengeringan dan ia (tamar yang dicuri mencecah nilai sebuah perisai, dia akan
dihukum potong tangan).
c) Harta bukan milik atau milik bersama
pencuri. Sekiranya pencuri adalah rakan kongsi, hukuman potong tangan tidak
akan dilaksanakan kerana harta tersebut adalah miliknya bersama. Di dalam kes
anak mencuri harta bapa, atau hamba mencuri harta tuannya, atau rakyat yang
miskin mencuri harta kerajaan atau ketika kebuluran, pencuri tidak akan dikenakan
hukuman potong tangan. Ini kerana wujud keraguan, terdapat sedikit sebanyak
unsur harta bersama dalam harta yang dicuri.
ini berdasarkan hadith Aisyah R.Anha:
ادرءوا الحدود عن المسلمين ما استطعتم فإن
كان له مخرج فخلّوا سبيله فإنّ الإمام أن يخطئ غي العفو خير من أن يخطئ في العقوبة
Terjemahannya: “Hindarilah hukuman
hudud daripada orang Islam seboleh mungkin. Sekiranya ada jalan melepaskannya,
lepaskanlah dia. Seorang pemerintah yang tersilap mengampunkan adalah lebih
baik daripada tersilap menghukum”.
(Riwayat Tarmizi : 1424)
d) Harta yang dicuri mestilah suci.
Sekiranya harta yang dicuri berupa arak, khinzir, anjing atau kulit yang belum
disamak, tiada hukuman potong tangan akan dikenakan. Selain itu, harta tersebut
juga mesilah harus digunakan pada syara’. Sekiranya harta tersebut berupa
seruling, berhala, salib atau yang serupa dengannya, maka pencuri tidak akan
dikenakan hukuman hudud.
4.5 Pensabitan
hukum ke atas pencuri
i.
Saksi
Bilangan saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan
hendaklah sekurang-kurangnya dua orang. Saksi terdiri daripada seorang lelaki
islam yang akil baligh dan adil. Jika saksi terdiri daripaa seorang lelaki dan
dua orang perempuan, ia hanya boleh mengesahkan hak milik harta tersebut,
tetapi tidak boleh mensabitkan hukuman.
ii.
Keterangan
Keterangan yang diberi oleh saksi hendaklah benar-benar terang dan tidak
ada apa-apa kesamaran dan keraguan. Tiap-tiap saksi hendaklah menyatakan bahawa
dia benar-benar melihat perbuatan yang dilakukan.
iii.
Ikrar
Ikrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela tanpa paksaan di hadapan
seorang pegawai kehakiman dan diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan
dijalankan.
iv.
Qarinah
Qarinah bermaksud tanda atau petunjuk atau bukti. Tertuduh boleh
disabitkan hukuman sekiranya terdapat bukti yang menunjukkan dia terlibat
melakukan kesalahan mencuri. Misalnya bukti tertuduh berada di tempat kejadian
berlaku boleh didapati dengan muah seperti melalui cap jari dan sebagainya.
4.6 Konsep
Mencuri dalam Kanun keseksaan
1.Niat
curang (dishonest intention) untuk mengambil harta.
Di dalam Kanun Keseksaan, niat
curang adalah satu unsur yang mesti ada dalam kesalahan mencuri, iaitu niat
hendak mengambil dengan curang. Maksud dengan curang adalah seperti yang
diterangkan dalam seksyen 24 Kanun Keseksaan iaitu:
“Barang siapa yang melakukan
sesuatu perkara dengan niat hendak menyebabkan kedapatan salah kepada sesorang,
atau kehilangan salah kepada seseorang lain, adalah dikatakan melakukan perkara
itu dengan curang”.
Unsur niat curang ini mestilah
wujud ketika harta itu mula digerakkan oleh penjenayah (Hashim Mehat, 1977:
227).
2.
Harta itu mestilah boleh digerakkan.
Unsur kedua ini dihuraikan di dalam
seksyen 22 Kanun Keseksaan seperti:
“Perkataan harta yang boleh dialih
ialah dimaksudkan termasuk harta zahir dari segala rupa, kecuali tanah dan
benda-benda yang bercampur kepada bumi atau yang dipasang dengan kekalnya kepada apa-apa benda yang bercantum
kepada bumi” (Hashim Mehat, 1977: 236).
3.
Harta itu diambil keluar daripada milik (take out of the possession) orang
lain.
Kanun Keseksaan memerlukan harta
yang dicuri itu, hendaklah dikeluarkan daripada milik orang yang memilikinya.
Istilah ‘milik’ tidak diterangkan secara khas di dalam Kanun Kesiksaan, tetapi
seksyen 27 Kanun Keseksaan dapat digunakan sebagai panduan iaitu:
“Apabila harta ada dalam milik
isteri, kerani atau orang gaji seseorang, bagi pihak orang itu, maka harta itu
adalah dalam milik orang itu dalam erti Kanun ini” (Hashim Mehat, 1977: 251).
4.
Harta itu diambil tanpa kerelaan orang itu (orang yang memilikinya).
Barang yang dicuri itu hendaklah
diambil tanpa kerelaan orang yang memiliki barang itu (Hashim Mehat, 1977:
261).
5.
Menggerakkan harta itu dengan tujuan hendak mengambilnya.
Mesti wujud satu bentuk pergerakkan
(some removal) terhadap harta itu untuk dikatakan ‘mengambilnya’. Maksud
‘menggerakkan’ tidak semestinya menggerakkan harta itu keluar jauh dari
pencapaian pemiliknya tetapi sudah memadai dengan tujuan hendak mengambilnya.
Ia sudah boleh disabitkan kesalahan mencuri di dalam undang-undang jenayah
moden (Hashim Mehat, 1977: 267).
Kesimpulannya, setiap ciri
kesalahan mencuri yang disebutkan mestilah dibuktikan oleh pendakwa sehingga tidak
ada keraguan yang munasabah.
4.7 Hukuman dalam undang-undang islam
Hukuman hudud yang wajib dikenakan ke atas
pencuri telah ditentukan dan ditetapkan Allah S.W.T. Khalifah Abu Bakar r.a
tidak mengetahui hukum had ke atas pencuri yang kudung satu tangan dan satu
kakinya. Daripada Safiyyah Binti Abi Ubaid “ seorang lelaki kudung satu tangan
dan satu kakinya telah mencuri pada masa pemerintahan Abu Bakar lalu Abu Bakar
mahu memotong kakinya dan bukan tangannya supaya dapat bermanfaat dengan tangannya.
Maka Umar berkata “ demi yang diriku di tangan Nya, tuan mesti memotong
tangannya yang satu iyu”. Maka Abu Bakar memerintahkan supaya tangannya
dipotong.
Menurut satu pendapat yang menyatakan
“potong tangan” sebagaimana ditegaskan dalam surah al Maidah adalah mencegah
melakukan kecurian. Pencegahan tersebut boleh diwujudkan dengan penahanan dalam
penjara dan sebagainya, tidak semestinya dengan jalan potong tangan. Dengan
demikian, ayat tersebut boleh bererti ; pencuri lelaki dan perempuan, cegahlah
kedua tangannya dari mencuri dengan cara yang boleh mewujudkan pencegahan.
Pendapat tersebut mengemukakan alasan bahawa kata memotong (al-qath`u) erti
aslinya semata-mata pencegahan (al-man`u)
Selain itu, menurut Abu Hanifah,
Al-Sauri, Ahmad dan Ishaq, hukuman ke atas jenayah pencurian itu bersifat
pilihan sama ada potong tangan atau mengembalikan (mengganti) barang yang
dicuri kepada pemiliknya. Hukuman tersebut Ma`qul al Ma`na, yakni mempunyai
maksud pengertian yang logik. Oleh itu, ia boleh wujud dengan hukuman lain,
tidak semestinya dengan poong tangan.
Para ulama’ bersepakat menyatakan bahawa
apabila tangan pencuri telah dipotong dan barang yang dicuri masih ada,wajib
dikembalikan barang itu kepada tuannya. Tetapi jika barang itu sudah rosak, ulamak
berselisih pendapat mengenainya. Menurut Hanafi, pencuri yang telah dipotong
tangannya tidak wajib lagi mengantikan barang yang rosak ditangannya itu atau
membayar harganya.
Manakala menurut
Maliki pula, jika pencuri itu orang kaya semasa menjalani hukuman potong
tangan, wajib memotong tangan dan membayar ganti rugi barang yang rosak itu.
Tetapi jika dia orang miskin, maka tidak wajib menggantikan barang yang telah
rosak itu. Manakala menurut Syafie dan Hambali pula hendaklah memotong tangan
bersama membayar ganti rugi barang yang telah rosak sama ada orang itu miskin
atau kaya.
Apabila
berulang kali mencuri, para ulamak bersepakat menyatakan wajib memotong tangan
kanan pada mencuri kali pertama. Apabila mencuri kali kedua, hendaklah dipotong
kaki kiri kecuali Hambali berkata tidak ada had lagi selepas kali ke dua.
Pencuri itu hendaklah membayar harga harta barang yang di curi dan dikenakan
ta’zir serta ditahan sehingga dia bertaubat.
Sementara
menurut Maliki dan Syafie pula, sekiranya pencuri mencuri kali ke tiga maka
dipotong tangan kiri dan jika mencuri kali keempat maka hendaklah dipotong kaki
kanan pula. Kemudian di ta’zirkan jika mencuri lagi. .(Haji Abdul Razak Bin
Haji Ahmad. 1997:518)
Pemotongan
tangan keatas seorang yang telah sabit melakukan jenayah curi oleh mahkamah
hendaklah dilakukan dengan cara yang dianggap paling mudah dan sesuai. Menurut
catatan Ibn Qudamah, orang yang akan menjalankan hukuman potong tangan hendaklah
:
•
Diletakkan dalam keadaan duduk
•
Diikat badannya agar dia tidak dapat bergerak yang boleh membahayakan dirinya
•
Diikat tangannya dengan meninggalkan bahagian yang hendak dipotong iaitu
pergelangan tangan
•
Diletakkan pisau yang tajam pada pergelangan tangan itu. Kemudian, dikejutkan
pisau itu dengan kuat sehingga dapat memotong tangan itu serta merta (sekali
gus) (Sabri Abdul Rahman. 1987:134)
4.8
Hukuman Dalam Kanun Keseksaan
Hukuman
dan cara pelaksanaan hukuman antara jenayah Kanun Keseksaan Malaysia dengan
Undang-undang Jenayah Islam adalah berbeza. Seksaan bagi kesalahan mengikut
Kanun Keseksaan Malaysia diperuntukkan di bawah seksyen 379 yang menyatakan :
”Barangsiapa
melakukan kesalahan mencuri hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang
boleh sampai 3 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya dan bagi
kesalahan kali kedua atau yang kemudian bolehlah dikenakan penjara atau denda
atau sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu. ”
Seksyen
380 Kanun Keseksaan pula menyebut:
”Barangsiapa
melakukan kesalahan mencuri dalam mana-mana bangunan, khemah atau perahu yang
digunakan sebagai tempat kediaman manusia, atau untuk simpanan harta benda,
hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai tujuh tahun,
dan bolehlah juga dikenakan denda, dan bagi kesalahan kali yang kedua atau yang
kemudian hendaklah diseksa dengan penjara dan boleh juga dikenakan denda atau
sebat” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 137)
Seksaan
bagi pecah rumah dan curi pula Seksyen 454 Kanun Keseksaan menyebut:
”Barangsiapa
melakukan pencerobohan dengan bersembunyi, atau melakukan pecah rumah, bagi
maksud melakukan sesuatu kesalahan yang boleh diseksa dengan penjara, hendaklah
diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 3 tahun dan bolehlah
juga didenda. Jika kesalahannya ialah mencuri, maka tempoh penjara bolehlah
dilanjutkan sehingga 10 tahun.” (Mohd. Reduan Aslie, t.t.: 149-150)
5.0
Rumusan dan Cadangan
Hasil kajian ini menunjukkan
terdapat perbezaan konsep mencuri antara undang-undang jenayah islam dan kanun
keseksaan Malaysia. Hukuman dan cara pelaksanaan hukuman terhadap jenayah
pencurian juga banyak yang berbeza. Undang-undang jenayah islam lebih ketat
berbanding kanun keseksaan Malaysia. Setiap negara memerlukan undang-undang yang ketat untuk
memastikan negara sentiasa dalam keadaan yang aman dan sejahtera.
Undang-undang yang telah digubal
atau ditetapkan pula haruslah dilaksanakan
dalam kehidupan. Walaupun dalam sesebuah negara itu mempunyai undang-undang,namun tidak
dilaksanakan dengan baik, ia boleh mengakibatkan pelbagai kesan yang buruk
tehadap individu,masyarakat dan negara. Misalnya, seseorang yang tidak
dijatuhkan hukuman berasa tidak gerun dan berkemungkinan akan melakukan lagi
kesalahan tersebut. Oleh itu, unndang-undang yang ketat amat perlu untuk
memastikan kehidupan kita lebih selamat.
Undang-undang jenayah islam
merupakan undang yang paling sempurna. Walaupun manusia seringkali menganggap
undang-undang jenayah islam itu adalah kejam, namun undang-undang yang telah
ditetapkan Allah S.W.T ini adalah bertujuan untuk memudahkan manusia dan
mengelakkan kehidupan manusia terus dalam keadaan yang kucar-kacir.
Subscribe to:
Posts (Atom)